Assalamualaikum semua.. entry utk malam neh kami nak share sikit pasai kebaikan selawat syifa.. fyi anak sedara kami dah 3 hari demam... badan terlampau panas sgt.. bawa g klinik doktor check pun terkejut sebab terlampau panas.. then dia cakap kalau tak baik juga bawa p spital.. takut nanti kena sawan. mayb ramai yang tak tau bahawasanya... ha tudia keluaq dah.. ngeh ngeh.. selawat syifa neh selawat untuk penyembuh penyakit... so kami bagi si qaseh neh dengaq then Subhanallah memang panas badan dia turun.. siap berpeluh-peluh lagi... even now pun kami tgh pasang kat youtube bagi dia dengaq.. Alhamdulillah.. lagi satu.. kalau kita nak kurangkan panas badan kita kena banyakkan selawat.. tak kesah la selawat apa pun.. selawat syifa, selawat Tafrijiyyah ka selawat badariah etc..kurangkan zikir.. zikir, ayat Al-Quran semua tu panas..so selawat-selawat ni yang nak bagi sejuk balik..ada beza tau hampa semua.. nak cakap lebih-lebih takut kena pulak kan..
Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dapat lagi kita menjalani kehidupan pada hari ini dan seterusnya dengan nikmat-nikmat yang tidak terkira dan tidak terhingga di atasnikmat kesihatan yang dikurniaNya. Selawat syifa adalah salah satu selawat yang sering dikatakan mempunyai pelbagai fadhilat dan kelebihan dan salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan kesihatan dan penyembuhan penyakit. Walaupun pernah dikatakan selawat ini boleh mendatangkan syirik, tapi ianya berlaku bila selawat ini disalahertikan dalam penterjemahannya. Menurut Dato’ Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus 'ayat demi ayat'. Apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya juga dari ALLAH SWT.
Segala ubat adalah sebagai pengantara atau asbab,dan usaha kita sebagai hambaNYA yang tetap yakin Allah SWT adalah musabab dan penentu diatas kesembuhan seseorang dan insyaAllah selawat syifa' juga boleh dijadikan salah satu amalan untuk menyembuhkan penyakit.
Selamat beramal hampa semua :)
1. Menyihatkan jasmani dan rohani.
2. Diberi keselamatan di dunia dan akhirat.
3. Hati menjadi terang benderang, dapat melihat mana yang hak dan mana yang salah.
4. Tubuh menjadi kuat, tidak mudah terkena pengaruh yang merosakkan.



0 comments:
Post a Comment