Assalamualaikum wbt . n bery gud moning to kakakII, abgII, adikII, pakcikII dan makcikII . . entry kami hari neh nak habaq kat hampa semua pagiII dah duk hingaq satu opis pasal PELANGI!! mesti hampa nak cakap ala pelangi ja pown . . memang la pelangi japown . . tp hampa semua penah tgk dekat2 ka. . i mean selalu kita duk tgk pelangi jauhkan. . opis kami neh tingkat 14 so makna kata tinggi la. . pelangi neh nampak real depanII mata kut . . kau ada!!! ohsem weh!! jadi jakun la sat kan . .hahaha . . bertapa besaqnya kebesaran Allah swt ^_^ . . yg bg cantik lg tu . . pelangi tu terlindung sikit kt satu bangunan neh . . kira nampak macam transparent la. . fuhh!!! duk cakap byk2 satg hampa ckp sembang ja lebihkan . . mai nak tunjuk kat hampa semua. . x caya sgt kan . . nah nindia!!!
Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, mengharapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda.
Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian sama ada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu. Ya Allah, ampunkanlah hamba-Mu yang hina ini...selalu berprasangka buruk padaMu ya Allah sedangkan Engkau mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu ini.
Kadangkala Allah hilangkan mentari...
Kemudian DIA datangkan guruh...
Puas kita menangis...
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan pelangi yang indah untuk kita...
Sabarlah duhai insan, insyaAllah akan ada kemanisan disebalik kepahitan...
~~ Fadhilat Tarawih ~~
-
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang
beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. 2. Kelebihan Solat Tarawih
Malam Ke...
15 years ago



0 comments:
Post a Comment