Nilai tudung wanita

entry kali neh pasai nilai tudung wanita . . td kat google sja duk cari2 benda yg menarik. .  tiba2 rasa mcm nak search pasai tudung . .ternampak la 1 artikel yang membincangkan pasal nilai tudung wanita. . rasa tertarik n nak share la dgn hampa suma. . so kat bawah neh kami habaq apa yg artikel tu habaq k . .


  •  Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram,bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya,malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.Harga diri wanita terlalu mahal.Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dgn warna yg tdk menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian,ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.Begitu juga diumpamakan dengan wanita.Kerana wanita yang bermaruah tdk akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. 

  • Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dgn garisan syarak.Wanita tdk sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata utk mengejar pangkat,darjat,nama,harta dan kemewahan dunia.Menyentuh berkenaan pakaian wanita,Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya,sekurang-kurangnya dgn memakai tudung.Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kpd peringkat atasan.Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah  hinggalah pekerja-pekerja pejabat.



Tidak lengkap dan sempurna..malah membawa FITNAH!!!

  • Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tdk lengkap dan sempurna.Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya.Ada yg memakai tudung tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita islam kini.Ada rekaan tudung yang dipakai dgn songkok di dalamnya, dihias pula dgn kerongsang ( brouch) yg menarik. Labuci warna-warni dijahit pula diatasnya dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung.Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah,sebaliknnya menambahkan fitnah keatas wanita.

  • Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja auratnya,malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita,Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita dan tdk berhias-hias yg mana akan menjadikan daya tarikan kpd lelaki bukan mahramnya.Sekaligus pakaian boleh melindung wanita dari menjadi bahan ganguan lelaki yg tdk bertanggungjawab.Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias,maka terjadilah pakaian wanita islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri.Sombong semakin bertambah.Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yg paling cantik, UP-TO-DATE, sofiskated , bergaya, ada kelas dan sebagainya.Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

  • Kesimpulannya, tudung yg kita pakai tdk membuahkan rasa kehambaan. Kita tdk merasakan diri ini hina,byk berdosa dgn Tuhan mahupun dgn manusia. Kita tdk terasa bahawa menegakkan syariat dgn bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yg mampu kita laksanakan.Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?? Ada org bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada yang bertudung tp masih lagi berkepit dan keluar dgn teman lelaki. Ada org bertudung yg masih menyentuh tgn-tgn lelaki yg bukan mahramnya. Dan mcm-mcm lagi maksiat yang dibuat oleh org-org bertudung termasuk kes-kes besar sperti zina , khalwat dan sebagainya.Jadi nilai tudung sudah dicemari oleh org-org yg sebegini.

  






0 comments:

Post a Comment

meh reramai main klik-klik